![]() |
| Mari Bersedekah |
Sedekah (assadaqah) adalah amalan yang sangat mulia and tinggi martabatnya di sisi Allah SWT. Allah SWT berfirman yang bermaksud:
Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: "Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula akau menjadi dari orang-orang yang soleh".
(Surah Al-Munafiqun ayat 10)
Allah SWT menjelaskan, di saat manusia hampir menemui ajalnya, manusia boleh melihat betapa besarnya ganjaran sedekah itu, sehingga ia merayu kepada Allah untuk diberi peluang hidup sedikit sahaja lagi - bukan untuk solat, bukan untuk umrah atau haji, malah bukan untuk jihad fiisabiilillah - tapi untuk bersedekah. Subhanallah.
Anjuran Bersedekah
Terdapat banyak ayat-ayat Al Quran yang memerintahkan kita bersedekah atau menginfaqkan sebahagian dari rezeki yang Allah SWT kurniakan kepada kita.
Dalam Surah Al-Baqarah ayat 195 Allah SWT berfirman:
Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) ugama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil)
Dalam Surah Al-Baqarah ayat 254 Allah SWT berfirman:
Wahai orang-orang yang beriman! Infaqkanlah (sebarkanlah) sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak ada jual-beli padanya
Dalam Surah Ibrahim ayat 31 Allah SWT berfirman:
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKu yang beriman, hendaklah mereka mendirikan solat dan mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, sama ada dengan merahsiakan pemberiannya itu atau dengan terbuka
Ini bermakna rezeki yang Allah berikan kepada kita adalah bukan milik kita sepenuhnya, di dalamnya ada bahagian untuk orang-orang fakir dan miskin, untuk orang-orang yang bermusafir, untuk orang-orang yang berjuang fiisabiilillah dan sebagainya, lalu Allah SWT memerintahkan kita untuk menginfaqkannya.

Ganjaran Sedekah
Sebentar tadi Allah SWT memberitahu kita bahawa amalan terakhir yang manusia hendak lakukan (dengan merayu kepada Allah untuk diberi peluang melakukannya) ialah SEDEKAH. Maka sudah jelas kepada kita bahawa amalan sedekah itu amat besar ganjaranya di sisi Allah SWT. Ini ditambahkan lagi dengan janji Allah melalui firmanNya yang bermaksud:
![]() |
| Sedekah Melipatgandakan Harta |
(Surah Al-Baqarah ayat 261)
Bermakna, setiap harta (atau apa-apa yang memberi manfaat kepada orang lain) yang kita berikan sebagai sedekah, Allah balas dengan 700 kali ganda. Jika kita sumbangkan RM1, kita akan dapat balik RM700. Kalau kita sedekahkan sebiji kurma, Allah akan balas dengan 700 biji kurma. Dalam bentuk apa RM700 atau 700 biji kurma itu diberikan, itu adalah rahsia dan perancangan Allah SWT. Ada yang memperolehinya secara terus dan ada yang menerimanya dalam bentuk yang lain. Yang pentingnya, kita hendaklah beriman bahawa janji Allah itu benar, ganjaran Allah itu benar. Dan apabila kita lakukan sedekah itu dengan hati yang penuh ikhlas, dan tanpa mengharapkan apa-apa balasan, Allah akan lipatgandakan lagi balasannya, sehingga kepada balasan syurga.
Bukan saja dari segi pemberian dan gandaan pahala, sedekah juga akan menghindarkan kita daripada sebarang kebimbangan atau keresahan akan berlakunya perkara-perkara yang tidak baik. Allah SWT berfirman:
Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita
(Surah Al-Baqarah ayat 274)
Sedekah itu membantu kita untuk mendapat sakinah atau ketenangan jiwa, dan menjauhkan kita dari sebarang perasaan resah gelisah dan dukacita. Alangkah indahnya hidup ini bila hati kita sentiasa tenang dan tenteram!
Dan seterusnya, Allah SWT meluaskan lagi rezeki orang-orang bersedekah dan menggantikannya dengan yang lebih baik. Jadi bukan sahaja setakat ganjaran pahala dan ketenangan hati, rezeki kita juga akan dikembangkan mengikut peraturan Allah. Allah SWT berfirman:
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki".
(Surah Saba ayat 39)
Ayuh! Marilah kita memartabatkan budaya sedekah ini dan istiqamah di dalamnya selagi hayat masih ada. Semoga ia memberi kebahagiaan kepada kita di dunia ini dan keselamatan dari azab kubur dan api neraka. Aamiin.

No comments:
Post a Comment